Navigation

Content
 
 

Mengenali Qimonda

Qimonda Malaysia - Faktor Asas

Negara: Malaysia
Negeri: Batu Berendam, Melaka / Senai, Johor
Ditubuhkan: 1973
Jumlah pekerja: anggaran 1,100
Bahagian bahagian aktiviti: Pembangunan & Penyelidikan, Rekaan & Pengujian, Pengeluaran, Pembelian, Logistik, Perancangan & Kawalan, Informasi Teknologi dan Perkhidmatan, Sokongan dan Pekerja Fungsian
Jarak dari pusat bandar: 6km (4 batu) Melaka / 25 km (16.67 batu) Senai
Jarak dari Lapangan Terbang: 160km (100 batu) Melaka ke KLIA / 290 km (193 batu) Senai ke KLIA

Maklumat sebenar

Sejak tiga dekad yang lalu, kita telah beransur-ansur meluaskan operasi kita di Melaka. Walaupun kita mengkhusus dalam pengeluaran backend, kita telah menguasai keseluruhan spektrum Penyelidikan & Pembangunan menerusi rekaan dan ujian dalam pelbagai perkhidmatan backoffice. Sejajar dengan perkembangan Qimonda, syarikat telah mengumumkan pelaburan sebanyak EUR150 juta di Malaysia untuk jangka masa 5 tahun kehadapan. Sebuah faciliti pengeluaran modul akan dibina di Senai, Johor. Pembinaan dirancang akan dimulakan pada pertengahan tahun 2007, sementara pengeluaran dijangka mula beroperasi pada tahun 2008. Faciliti pengeluaran modul ini dirancang untuk menempatkan seramai 3,000 pekerja apabila beroperasi sepenuhnya.

Janji dari Timur...

Melaka adalah negeri terkecil di antara tigabelas negeri yang membentuk Malaysia dan di kenali sebagai "Bandaraya Bersejarah". Ia terletak di tengah-tengah empayar baru Melayu turut merupakan bekas tanah jajahan Portugis, Belanda dan British. Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai budaya - selain daripada Melayu, percampuran dengan ramai penduduk China, India, Eurasian dan Portugis telah mewarnai kepelbagaian adat tempatan. Tradisi dan sejarah kolonial terbukti pada mercu tanda seperti tokong Cheng Hoon Teng - Tokong cina tertua di negara yang di bina pada tahun 1645, masjid tertua yang berusia 600 tahun; Masjid Tengkera , bangunan binaan Belanda; Stadthuys dan peninggalan tugu A Famosa. Menyusuri Jonker Walk yang terletak di pusat bandar Melaka, anda dapat menemui barangan antik yang berusia hingga 300 tahun.


Johor adalah negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan dikelilingi sisiran pantai yang panjang iaitu Selat Melaka di sebelah timur dan Laut China Selatan di sebelah barat. Johor Bahru merupakan ibu negeri Johor dan ia terletak di penghujung negeri Johor. Mukabuminya yang luas dipelopori dengan perladangan nenas, getah, kepala sawit juga beberapa Taman Negara, perkampungan nelayan serta resort-resort bertaraf 5 bintang. Di antara tempat tarikan di Johor adalah Taman Negara Endau-Rompin, Desaru, Air Terjun Kota Tinggi dan juga Danga Bay.


Senai yang terletak 25 km dari Johor Bahru, adalah sebahagian daripada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), iaitu sebuah pembangunan koridor selatan yang utama di Johor. Wilayah Pembangunan Iskandar merangkumi 221,634.1 hektar tanah di selatan Johor. Wilayah pembangunan ini berukuran 3 kali ganda daripada keluasan Singapura dan 48 kali ganda daripada saiz Putrajaya. Pelan pembangunan WPI yang komprehensif ini memberi tumpuan kepada 6 sektor iaitu kreativiti, pendidikan, perunding dan nasihat kewangan, perubatan, logistik dan pelancongan.